Tuesday 4 October 2011

PECAHAN, PERPULUHAN & PERATUS

PECAHAN

Definisi : Pecahan ialah nombor nisbah bukan integer. Ia biasanya dinyatakan dalam bentuk p/q dimana p dan q adalah integer dan q tidak sama dengan 0. Integer p di atas disebutkan sebagai pegangka dan integer q dibawah disebutkan sebagai penyebut

  • pembahagian sesuatu objek atau rajah.
  • digunakan untuk mewakili sebahagian objek daripada keseluruhan
Tediri 3 jenis pecahan iaitu :

  1. PECAHAN WAJAR
  • Iaitu pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebutnya
  • contoh : 1/4, 3/8, 5/14, 9/16 dan lain-lain
   2.  PECAHAN TIDAK WAJAR

  • Iaitu pecahan yang pengangkanya sama dengan atau lebih besar daripada penyebutnya.
  • contoh : 2/2, 5/5, 9/7, 17/12

   3. PECAHAN SETARA
  • Iaitu pecahan-pecahan yang mempunyai nilai yang sama
  • contoh : 2/4, 4/8 ialah pecahan setara bagi 1/2.


  • GRAFIK YANG DAPAT  KITA LIHAT MENGENAI PECAHAN

Garis nombor dalam bentuk pecahan
 

      
    Sebiji kek dengan suku (satu perempat) darinya telah dipotong, meninggalkan lebihan tiga perempat






    LINK YANG BERKAITAN.
    untuk mengetahui pecahan lebih lanjut, sila lihat di link ini  http://www.mathsisfun.com/fractions-menu.html



     






    KEGUNAAN PECAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA ADALAH...

    •  pembahagian harta seperti lelaki dan perempuan contohnya dalam pembahagian harta 3/4 dan lelaki dan 1/4 perempuan.
    • pelajar di dalam kelas contohnya 1/2 daripada pelajar di dalam kelas gagal dalam ujian.
    • waktu atau masa digunakan contoh jam menunjukkan pukul 4 suku yang menunjukkan pukul 4.15.
    • penggunaan wang gaji dimana 3/4 daripada gaji bulan ini Maria menngunakan untuk membayar segala perbelanjaan.









     


    PERPULUHAN
    Definisi : nombor perpuluha ialah suatu bentuk khas yang mewakili pecahan yang penyebutnya ialah kuasa 10.
    contoh :
    i) 7/10=0.7       
    ii) 12/100=0.12     
    iii)246/1000=0.246


    • tiap-tiap digit dalam sesuatu nombor persepuluh mempunyai nilai tempat sendiri.
    • contoh : 12.734
    • 1:puluh
    • 2:sa
    • 7:persepuluh
    • 3:perseratus
    • 4:perseribu

    • GRAFIK YANG DAPAT  KITA LIHAT MENGENAI PECAHAN















        LINK YANG BERKAITAN.
        untuk mengetahui pecahan lebih lanjut, sila lihat di link ini  http://www.mathsisfun.com/demicals-menu.html




        
        KEGUNAAN PERPULUHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA ADALAH...
        1. apabila berada di stesen minyak kuantiti minyak menggunakan perpuluhan seperti 1.8 liter ataupun 255.8ml.
        2. jarak perjalanan Atira ke Johor adalah 40.7km daripada Melaka.
        3. jumlah kuantiti dalam sebotol air yang kecil adalah 1.5 liter dan botol yang besar 3.5 liter.
        4. ketinggian Ibu adalah 156 cm bersamaan 1.56 m





         




         PERATUS
        Definisi : peratus ialah nombor yang dinyatakan untuk mewakili dengan penyebut 100.
        contoh :
        7/100 = 7 per ratus = 7 peratus       -per ratus=peratus
        Simbol yang digunakan untuk mewakili peratus ialah %. Jadi, 7 peratus boleh ditulis sebagai 7 %.




        GRAFIK YANG DIGUNAKAN DALAM SIMBOL


























         










               
        LINK YANG BERKAITAN.
        untuk mengetahui pecahan lebih lanjut, sila lihat di link ini  http://www.mathsisfun.com/demicals-menu.html





        KEGUNAAN PERATUS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA ADALAH...
        1. Digunakan dalam penjualan di pusat membeli belah seperti  jualan  murah dan lain-lain
        2. Peratus dalam sesuatu bahan contohnya baju mempunyai cotton yang digunakan dan makanan pula peratus zat ataupun vitamin
        3. Kadar bunga dalam pembelian kereta dimana setiap tahun meningkat.
        4. jumlah pemarkahan di sekolah.contohnya markah ujian Matemati Sani adalah 68%.



        
      
      
      

      No comments:

      Post a Comment